Pengenalan Kelab Noon

Dalam Al Quran, surah yang ke 68, iaitu Surah Al Qalam, Allah telah bersumpah dengan huruf Nun beserta dengan Matapena.

Matapena adalah ciptaan Allah yang pertama, yang membuat segala catatan. Surah ini juga merujuk kepada Pena iaitu simbol keilmuan dan bidang penulisan yang mempunyai pengaruh yang amat besar. Apakah ilmu yang paling baik selain daripada yang terkandung dalam Al Quran?

Dalam Bahasa Melayu pula, Noon berbunyi seperti ‘Nun’ contohnya ‘lihat nun jauh di sana’, seolah-olah mengajak supaya berpandangan jauh.

Oleh itu, Kelab Noon menjemput anda pembaca semua supaya turut serta bersama kami, menjadi ahli masyarakat yang senantiasa meningkatkan ilmu serta berpandangan jauh dalam segala hal dan perkara...

Saturday 12 July 2014

Sihat bersama Noon: Mahu Kekalkan Susutan Berat Badan ?




Illustrasi diadaptasi dari beberapa sumber rujukan (1,2,3,4) dan telah diubahsuai mengikut keperluan artikel ini.

Bagi kebanyakan daripada kita, salah satu impian besar adalah mahu kembali langsing seperti bertahun-tahun yang lalu. Sungguhpun ramai yang telah dapat menurunkan berat badan ke tahap yang dikehendaki, persoalannya ialah bagaimanakah caranya bagi mengekalkannya? Ia bukanlah sesuatu yang mudah. 

Dalam bukunya, The Strong Womens’s Guide To Total Health, Dr Mirian E. Nelson (2010), merumuskan mereka yang paling berjaya menurunkan berat badan ialah mereka yang didorong oleh keinginan bagi terus cergas dan sihat. Di antara strategi bagi mempertahankan penurunan berat badan berdasarkan dapatan kajian terhadap 5,000 responden adalah seperti berikut:

·           Memakan makanan yang berkhasiat dan rendah kalori
·           Menjaga supaya konsisten dengan pola pemakanan harian
·           Mengambil sarapan
·           Menghadkan makanan segera dan makanan luar dari rumah
·           Mengekalkan aktiviti fizikal yang tinggi, purata selama sejam sehari
·           Menghadkan tontonan TV, kurang daripada 10 jam seminggu
·           Mengambil timbangan berat badan secara kerap

Pada lazimnya, berat badan kita akan susut semasa bulan Ramadhan Kareem. Bagi memastikan penurunan berat badan adalah secara berperingkat dan tidak begitu mendadak, mari kita mencuba petua Dr. Mirian di samping sentiasa mengamalkan pesanan Rasulullah s.a.w:

“Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya ALLAH tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling ALLAH sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” 
~ Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Wallahualam.

Karya Oleh: Norhayati  Sidek






No comments:

Post a Comment