Pengenalan Kelab Noon

Dalam Al Quran, surah yang ke 68, iaitu Surah Al Qalam, Allah telah bersumpah dengan huruf Nun beserta dengan Matapena.

Matapena adalah ciptaan Allah yang pertama, yang membuat segala catatan. Surah ini juga merujuk kepada Pena iaitu simbol keilmuan dan bidang penulisan yang mempunyai pengaruh yang amat besar. Apakah ilmu yang paling baik selain daripada yang terkandung dalam Al Quran?

Dalam Bahasa Melayu pula, Noon berbunyi seperti ‘Nun’ contohnya ‘lihat nun jauh di sana’, seolah-olah mengajak supaya berpandangan jauh.

Oleh itu, Kelab Noon menjemput anda pembaca semua supaya turut serta bersama kami, menjadi ahli masyarakat yang senantiasa meningkatkan ilmu serta berpandangan jauh dalam segala hal dan perkara...

Sunday 20 July 2014

Buletin Kelab Noon Keluaran 1 Edisi Bahasa Melayu

Bersempena dengan 17 Ramdhan 1435 dan bersamaan dengan 15 Julai 2014, Kelab Noon telah dilancarkan secara 'soft launching'.Oleh itu Keluaran 1 Buletin dalam Edisi Bahasa Melayu telah dapat dihasilkan: 

BuletinKelabNoonKeluaran1_Bahasa Melayu

Keluaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Arab sedang diusahakan oleh kami dalam Kelab Noon.

No comments:

Post a Comment