Pengenalan Kelab Noon

Dalam Al Quran, surah yang ke 68, iaitu Surah Al Qalam, Allah telah bersumpah dengan huruf Nun beserta dengan Matapena.

Matapena adalah ciptaan Allah yang pertama, yang membuat segala catatan. Surah ini juga merujuk kepada Pena iaitu simbol keilmuan dan bidang penulisan yang mempunyai pengaruh yang amat besar. Apakah ilmu yang paling baik selain daripada yang terkandung dalam Al Quran?

Dalam Bahasa Melayu pula, Noon berbunyi seperti ‘Nun’ contohnya ‘lihat nun jauh di sana’, seolah-olah mengajak supaya berpandangan jauh.

Oleh itu, Kelab Noon menjemput anda pembaca semua supaya turut serta bersama kami, menjadi ahli masyarakat yang senantiasa meningkatkan ilmu serta berpandangan jauh dalam segala hal dan perkara...

Thursday 10 July 2014

Belanga Noon Bergema: Ayam Harum Hitam Manis


                                                   
Bahan Perap Ayam

1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar lada hitam
(Basuh kedua-duanya dan goreng atas kuali tanpa minyak dan kemudian kisar sampai halus).
Campur semua di atas dengan ibu kunyit sebesar ibu jari (yang telah ditumbuk halus) dan garam. Perap pada ayam. Letakkan ke tepi.

Bahan Untuk menumis

5 biji buah pelaga #
3 kelopak ceraian bunga lawang #
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia **
1 sudu besar jintan manis (juga digoreng tanpa minyak dan dikisar halus)
2 sudu besar cili yang telah dikisar halus
4 sudu besar kicap manis
1 labu bawang besar (dipotong bulat-bulat)
Sedikit air
Sayur ikut suka (contoh: tomato potong empat, lada hijau, merah dan kuning yang dipotong memanjang)

*dirincik halus
**dimayang halus

Cara Memasak

1. Ayam yang telah diperap, goreng separuh masak dalam periuk Happy Call (bagi mengurangkan penggunaan minyak). Angkat dari api dan letakkan ke tepi.
2. Dalam periuk yang sama, tumis bahan-bahan #.
3. Masukkan * dan ** dan biar sampai wangi.
4. Masukkan cili dan jintan manis yang telah dikisar. Tunggu hingga pecah minyak.
5. Masukkan kicap manis, bawang besar
6. Masukkan ayam dan air. Gaul-gaulkan. Biar sampai ayam masak.
7. Apabila sudah masak, masukkan sayur, biar sebentar dan tutup api.
8. Sedia untuk dihidang beserta nasi panas.
Susunan Oleh: Prof. Madya Dr. Umi Kalthum Ngah







Resepi diadaptasi dan ditiadakan bahan-bahan sos dan cili boh daripada:
http://2puteri.wordpress.com/2013/06/24/resepi-2-puteri-ayam-harum-hitam-manis-2-puteri/

No comments:

Post a Comment